Search
Close this search box.
Sebahagian daripada 15 PATI yang memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan sah. Foto Tentera Darat Malaysia

Hajat hendak bekerja di Malaysia berakhir dengan diusir

BySaibi Gi

KUCHING, 1 Julai: Seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) diusir keluar selepas masuk ke negara ini menerusi jalan tikus di Sektor Pos GABMA Biawak, Lundu, semalam.

Markas 1 Divisyen, Tentera Darat Malaysia (TDM) memaklumkan tangkapan dibuat di kedudukan lebih kurang 118 meter dari sempadan Indonesia.

Pengusiran yang pertama, pada 2.45 petang membabitkan sembilan PATI manakala pengusiran kedua pada 3.15 petang melibatkan enam PATI.

“Kesemua 15 PATI ditahan sepasukan anggota TDM dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) yang sedang melaksanakan penugasan rondaan.

“Kesemua PATI dalam perjalanan untuk bekerja di Malaysia secara haram,” kata kenyataan Markas 1 Divisyen.

Hasil penahanan dan pemeriksaan terhadap 15 orang PATI dalam lingkungan umur 18 hingga 64 tahun itu mendapati tiada barang terlarang serta berbahaya dijumpai.

Anggaran nilai keseluruhan barangan diperiksa adalah berjumlah RM17,080 yang melibatkan wang tunai, telefon bimbit, beg dompet dan beg pakaian.

“Kesemua 15 orang PATI dibawa ke sempadan negara untuk pengusiran. Laporan polis dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan pengusiran dibuat dengan betul mengikut peraturan semasa,” jelas kenyataan itu.

Sepanjang tahun ini, jumlah PATI yang diusir keluar adalah seramai 133 orang.

Sehubungan itu, Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua anggota di bawah naungannya.

“TDM akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan PATI, kegiatan penyeludupan atau jenayah rentas sempadan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan