Search
Close this search box.
Kerajaan menyalurkan peruntukan sebanyak RM5.13 juta kepada Pejabat Perikanan Negeri dalam usaha membangunkan usahawan perikanan dari kumpulan sasar seluruh negara.Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: RM5.13 juta bangunkan usahawan perikanan kumpulan sasar

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR 1 Julai: Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyalurkan peruntukan sebanyak RM5.13 juta kepada Pejabat Perikanan Negeri dalam usaha membangunkan usahawan perikanan kumpulan sasar.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, insiatif itu dilaksanakan melalui Program myKomuniti Perikanan (myKP) dan myAgropreneur Perikanan (myAP).

Jelas beliau, peruntukan tersebut merupakan antara usaha kerajaan bagi memastikan nelayan kecil dapat meningkatkan pendapatan melepasi purata pendapatan garis kemiskinan (PGK) 2022.

“Seramai 1,144 orang nelayan di seluruh negara menerima manfaat di bawah inisiatif ini bagi projek pemprosesan produk perikanan, pusat pengumpulan dan pemasaran, agropelancongan serta akuakultur,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Mohamad berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (Perikatan Nasional -Kuala Kedah) yang meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan bentuk kemudahan yang dinikmati oleh nelayan kecil bertujuan meningkatkan pendapatan melepasi purata pendapatan garis kemiskinan (PGK) 2022.

Selain itu Mohamad memaklumkan KPKM melalui Jabatan Perikanan Malaysia serta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) turut bekerjasama dalam menyediakan beberapa kemudahan untuk meningkatkan pendapatan dan sosioekonomi golongan nelayan.

Dalam pada itu, dedah Mohamad Sabu, sebanyak 1,048 tapak unjam yang bernilai RM101 juta dilabuhkan sejak tahun 1983 sehingga tahun 2023.

“LKIM telah menerima peruntukan sebanyak RM1.68 juta bagi projek Pembesaran Unjam-Unjam Komuniti Nelayan yang merangkumi tujuh lokasi di seluruh Malaysia bagi tahun 2024,” katanya.

Tambahnya, ia dilabuhkan dalam usaha membantu meningkatkan sosioekonomi dan keterjaminan makanan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan