Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan China kekal menjadi destinasi utama eskport durian Malaysia berbanding negara lain. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: Permintaan durian Malaysia di China tinggi

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 1 Julai : China kekal menjadi pasaran eksport utama durian Malaysia berikutan wujud permintaan tinggi, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, walaupun terdapat permintaan dari negara lain, namun pasarannya tidak sebesar di China.

“Bayangkan sekiranya 10 peratus sahaja penduduk China makan durian, kita tanam banyak mana pun tidak cukup untuk dieskport ke sana,” katanya pada Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Perikatan Nasional – Kubang Kerian) yang ingin tahu pasaran eksport durian lain yang ingin difokuskan oleh kerajaan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, negara – negara di Timur Tengah ketika ini masih kurang menggemari durian menyebabkan eksportnya kecil.

” Mereka (negara Arab) bau durian pun tidak boleh, begitu juga Eropah (walaupun) tidak dinafikan petugas kedutuaan Eropah di Malaysia makan durian.

“Di China, jumlah yang makan durian besar (mencecah) ratusan juta rakyatnya yang mampu berbelanja untuk durian,” katanya.

Sementara itu menjawab soalan asal Chow Yu Hui (Pakatan Harapan -Raub) yang ingin tahu usaha kementerian mempercepatkan proses pengeksportan durian-durian segar ke China serta kekangan yang dihadapi, Mohamad memaklumkan kementeriannya telah melaksanakan lima inisiatif.

Jelas beliau, kementerian melalui Jabatan Pertanian sentiasa memastikan buah-buahan tempatan yang bernilai tinggi dapat dieksport ke pasaran luar negara.

“Usaha untuk mengeksport buah durian segar dari Malaysia ke China telah bermula sejak 3 Mac 2023 setelah akses pasaran buah nangka segar berjaya diperolehi daripada General Administration of Customs of the People’s Republic of China (GACC),” katanya.

Bagi mempercepatkan proses mendapatkan akses pasaran eksport buah durian segar dari Malaysia ke China, Mohamad memaklumkan, KPKM dan DOA telah mengadakan rundingan berterusan dengan GACC.

“Kita juga telah menandatangani kenyataan bersama antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan GACC pada 6 Oktober 2023 untuk mengukuhkan komitmen supaya (dapat) mempercepatkan akses pasaran produk pertanian termasuk durian segar ke China,” katanya.

Selain itu jelas beliau, GACC telah melakukan lawatan awal ke ke ladang durian di Melaka pada 7 Oktober 2023 dan Malaysia telah  menerima lawatan pasukan Analisis Risiko Perosak dari China ke tiga ladang durian terpilih di Tapah, Perak serta Batu Pahat dan Tangkak, Johor.

“(Yang) kelima (kita) menandatangani Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke China antara KPKM dan GACC pada 19 Jun 2024 semasa lawatan rasmi Premier Republik Rakyat China, Premier Li Qiang ke Malaysia bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan