Search
Close this search box.
Dewan rakyat dimaklumkan jumlah lantikan pegawai perubatan siswazah (PPS) menunjukkan trend penurunan sebanyak 50 peratus sejak negara dilanda pandemik COVID-19. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: Jumlah lantikan pegawai perubatan siswazah menurun 50 peratus

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Jumlah lantikan pegawai perubatan siswazah (PPS) menunjukkan trend penurunan sebanyak 50 peratus sejak negara dilanda pandemik COVID-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pada 2018, seramai 4,924 PPS telah dilantik manakala pada 2019 seramai 6,139 telah dilantik.

Jelas beliau, kekerapan latihan yang dibuat pada masa ini adalah sama seperti pelantikan sebelum 2019.

“Pada 2020 pula, seramai 5,113 orang PPS telah dilantik (namun) selepas pandemik iaitu pada 2022, hanya seramai 3,245 graduan perubatan telah dilantik dan diikuti dengan pelantikan seramai 3,265 graduan perubatan sebagai PPS pada 2023,” katanya pada Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (Barisan Nasional-Pekan) yang ingin tahu apakah faktor tiada pengambilan doktor pelatih di hospital daerah seluruh negara sebaliknya mereka ditempatkan di hospital negeri dan hospital utama sahaja.

Sementara itu beliau memaklumkan, program berkenaan hanya dijalankan di 49 buah hospital latihan siswazah di seluruh negara.

“Hospital ini terdiri daripada 14 hospital negeri, 26 hospital berpakar major, lima hospital berpakar minor (iaitu) Hospital Enche Besar Hajah Khalsom Kluang, Hospital Sultanah Maliha Langkawi, Hospital Kuala Lipis, Hospital Keningau dan Hospital Seri Manjung),” katanya.

Tambah beliau terdapat tiga hospital pengajar universiti (iaitu) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan satu Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

“Hospital daerah yang bukan hospital berpakar bukanlah merupakan hospital latihan siswazah,” tambah beliau. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan