Search
Close this search box.
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor menjelaskan tidak wujug istilah Orang Asal bagi merujuk masyarakat pribumi di Semenanjung Malaysia manakala istilah Orang Asal di Borneo. Foto, Fiqri Razak (TVS).

Dewan Rakyat: Istilah Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Orang Asal di Sabah, Sarawak

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor menjelaskan tidak wujud istilah Orang Asal bagi merujuk masyarakat pribumi di Semenanjung Malaysia.

Ramli berkata, terminologi yang betul mengikut tafsiran Perlembagaan Persekutuan ialah Orang Asli.

Jelas beliau, istilah Orang Asal hanya digunakan di wilayah Borneo.

“Perkara ini boleh dilihat pada Perkara 160 (Perlembagaan Persekutuan mengenai) definasi Orang Asli (yang) dua kali disebut dan bukan Orang Asal (yang disebut),” katanya di sini hari ini.

Ramli berkata demikian selepas perbahasan Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi (Perikatan Nasional – Kuala Langat) mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan 2022.

Sementara itu, Ramli memaklumkan, ketika ini dua sesi libat urus sedang berjalan melibatkan pindaan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134).

Kata beliau libat urus melibatkan cadangan – cadangan yang akan dibentangkan kepada masyarakat Orang Asli untuk kelulusan sebelum dibawa ke Kabinet, Majlis Raja-Raja dan seterusnya dibentangkan dalam Dewan Rakyat.

Sebelum itu katanya, perkara itu akan dibawa kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk dimaklumkan kepada Perdana Menteri.

“Sehubungan itu saya berharap pembangkang sokong jika diluluskan oleh Kabinet dan Majlis Raja- Raja,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan