Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Batong Sadong, Kerajaan Sarawak sebelum ini mengeluarkan dokumen sementara kepada kanak-kanak kategori itu bagi memberikan mereka akses kepada sekolah kerajaan dan perkhidmatan perubatan. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: Contohi Sarawak tangani isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Kerajaan Persekutuan disarankan untuk mengambil langkah yang sama dengan Kerajaan Sarawak dalam menyelesaikan isu kanak – kanak tanpa warganegara.

Ahli Parlimen Batong Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, Kerajaan Sarawak sebelum ini mengeluarkan dokumen sementara kepada kanak-kanak kategori itu bagi memberikan mereka akses kepada sekolah kerajaan dan perkhidmatan perubatan.

“Menerusi kad itu mereka (kanak – kanak tanpa warganegara) juga membayar harga perkhidmatan yang sama dengan warganegara Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, Rodiyah berkata, isu kewarganegara yang kian meruncing berdasarkan laporan Suhakam menunjukkan pada 2022 hampir semua tematik adalah tentang isu kewarganegaraan sama ada di Semenanjung Malaysia atau di Sabah dan Sarawak.

“Saya kira situasi ini kritikal kerana menurut Laporan Suhakam 2022 terdapat jurang yang besar antara bilangan kelahiran yang didaftarkan dengan jumlah kanak-kanak di Malaysia.

“Pada 2018, daripada 2,595,300 kanak kanak, hanya 513,586 kelahiran yang didaftarkan.

“Ini bermakna seramai 2,081,714 kanak-kanak yang mana kelahiran mereka tidak didaftarkan,” katanya.

Sementara itu Rodiyah berkata, di Sabah dan Sarawak isunya pula berkait dengan mereka yang tinggal di persempadanan.

“Di sempadan Sarawak, berdekatan Indonesia, laporan mendapati isu warganegara banyak timbul apabila tiadanya pendaftaran perkahwinan bapa warganegara dengan wanita bukan warganegara sama ada perkahwinan sivil atau adat.

Tambah beliau, di pedalaman Sarawak juga kelahiran anak tidak didaftarkan kerana kurangnya literasi tentang pendokumentasian dan juga kekangan geografi serta kewangan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan