Search
Close this search box.
Situasi banjir di Pekan Penampang ketika tinjauan hari ini.Foto, Bernama.

Dewan Rakyat: Banjir, aset kerajaan segera digerakkan ke Sabah – TPM Fadillah

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Kerajaan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan segera menggerakkan aset kerajaan ke Sabah susulan banjir yang melanda wilayah itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ketika ini pihaknya bersedia untuk menggerakkan dua buah pam bergerak ke Penampang yang merupakan antara daerah yang teruk dilanda banjir.

Jelas beliau, kelengkapan aset-aset kerajaan itu akan digunakan bagi pengurusan pembersihan banjir lumpur di sana.

“Selain itu, terdapat lima buah bot di seluruh Sabah di mana (terdapat) sebuah bot berada di Daerah Tuaran manakala Daerah Penampang dan Ranau masing-masing memiliki dua buah bot,” katanya dalam sesi penggulungan kementeriannya di DewanRakyat di sini hari ini.

Sejak kelmarin Sabah semalam dilandar banjir di beberapa daerah dengan jumlah mangsa banjir dilaporkan meningkat kepada 328 orang setakat 4 petang tadi.

Sementara itu, Fadillah yang juga Menteri di PETRA memaklumkan Kerajaan Persekutuan telah meluluskan RM300 juta secara pinjaman untuk menyelesaikan isu bekalan air di Sabah.

Jelas beliau, ia merangkumi empat projek baharu dalam Rolling Plan Keempat 2024 di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

“(Ini melibatkan) Projek Pengurangan Kadar Kehilangan Air Tidak Terhasil melibatkan penggantian atau naik taraf paip di kawasan Kota Kinabalu sebanyak RM137.5 juta, penggantian pam penggalak/pembinaan rumah pam penggalak/ penggantian pam air bagi muka sauk dan loji rawatan air di Daerah Kota Kinabalu dan Kotaraya Telipok (RM86 juta).

“(Selain itu akan turut dilaksanakan ialah) Projek Peningkatan Kapasiti Bagi Muka Sauk dan Loji Rawatan Air Sabah (RM73.5 juta) dan Penggantian Alat Janakuasa di Loji Rawatan Air Merotai, Tawau dan Beaufort I (RM3 juta),” ujarnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan