Search
Close this search box.
AFFIN INVIKTA anjur Anugerah Wanita Cemerlang Malaysia 2024. Foto TVS

AFFIN INVIKTA anjur Anugerah Wanita Cemerlang Malaysia 2024

ByTVS

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Bagi menghormati pencapaian luar biasa wanita-wanita Malaysia cemerlang dalam pelbagai industri, Affin Invikta dan top 30 media hari ini akan menganjurkan Anugerah Wanita Cemerlang Malaysia 2024.

Menurut Pengarah Urusan dan Pengasas Top 30 Media, Alvin Sinclair, anugerah julung kali diadakan itu meraikan kejayaan luar biasa wanita-wanita Malaysia yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang masing-masing dan menonjolkan kisah inspirasi mereka tentang kecemerlangan, kepimpinan, dan inovasi.

“Kami berbangga dengan penglibatan AFFIN INVIKTA dalam program ini. Ini adalah salah satu program yang diasaskan oleh Top 30 Media.

“Melalui program ini, ia bertujuan untuk menonjolkan sumbangan tidak ternilai wanita yang membawa perubahan dan memberi inspirasi kepada orang lain melalui kepimpinan dan kecemerlangan mereka, yang didapati semakin kurang hari ini. Kami sangat berbangga dengan AFFIN INVIKTA yang berkongsi nilai yang sama untuk meraikan pencapaian wanita-wanita contoh ini,” katanya.

Anugerah Wanita Cemerlang Malaysia 2024 Affin Invikta ini akan menumpukan kepada lima teras utama, iaitu pencapaian profesional, kepimpinan dan pengaruh, penglibatan komuniti dan impak sosial, inovasi dan keusahawanan, serta sifat peribadi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, Affin berasa gembira untuk menjadi sebahagian daripada Anugerah Wanita Cemerlang Malaysia 2024, meraikan inovasi dan kepimpinan wanita dalam pelbagai bidang.

“Komitmen kami melampaui pengiktirafan; melalui inisiatif seperti AFFINGEM*, SME Colony* dan Affinita*, kami memberdayakan wanita untuk merealisasikan impian mereka,” katanya.

Anugerah Wanita Cemerlang Malaysia 2024 Affin Invikta dijayakan dengan sokongan daripada NBrand (M) Sdn Bhd, World Mineral Galleria Sdn Bhd, TTT Bullion (M) Sdn Bhd, Westwood Rivertree Sdn Bhd, Luxury Concepts Timepieces Sdn Bhd, dan Media Prima Berhad.

Pencalonan untuk Anugerah Wanita Cemerlang Malaysia 2024 AFFIN INVIKTA kini dibuka dan boleh dikemukakan melalui <www.top30womenawards.com>.

Tarikh akhir penyertaan adalah pada 2 Ogos depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan