Search
Close this search box.
Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet melepaskan kira-kira 1.5 juta benih ikan dan udang ke dalam tasik semula jadi di tenggara negara itu sempena Hari Ikan Nasional ke-19 pada Isnin, lapor Xinhua. Foto hiasan Envato

1.5 juta benih ikan dan udang dilepaskan sempena Hari Ikan Nasional

ByBernama

KAMPONG CHAM (Kemboja), 1 Julai: Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet melepaskan kira-kira 1.5 juta benih ikan dan udang ke dalam tasik semula jadi di tenggara negara itu sempena Hari Ikan Nasional ke-19 pada Isnin, lapor Xinhua.

Hun Manet berkata acara tahunan ini bertujuan menggalakkan orang ramai untuk memelihara ikan di habitat semula jadi dan meningkatkan aktiviti penternakan.

“Ikan adalah sumber protein utama untuk rakyat kita, jadi adalah penting untuk melindungi, memelihara dan membangunkan sumber perikanan bagi generasi akan datang.

“Pemeliharaan dan pembangunan sumber perikanan secara mampan akan menyumbang kepada jaminan keselamatan makanan dan pengurangan kemiskinan,” katanya.

Beliau juga menyeru para nelayan untuk tidak menangkap ikan semasa musim pembiakan tahunan dari Julai hingga Oktober dan menggalakkan penternak meningkatkan aktiviti ternakan ikan.

Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan, Dith Tina berkata kira-kira 20 spesis akuatik termasuk ikan, udang, kura-kura dan penyu telah dilepaskan ke dalam Boeung Thom atau Tasik Besar di daerah Prey Chhor.

Beliau berkata negara di Asia Tenggara itu telah menangkap 426,000 tan hidupan air tawar pada 2023, peningkatan sebanyak lima peratus berbanding tahun sebelumnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan