Search
Close this search box.
WestJet Group, syarikat penerbangan kedua terbesar di Kanada membatalkan 150 penerbangan pada Sabtu akibat mogok oleh jurutera penyelenggaraan pesawatnya, lapor Xinhua. Foto WestJet (FB)

Syarikat penerbangan kedua terbesar Kanada batal 150 penerbangan kerana mogok

ByBernama

VANCOUVER, 30 Jun: WestJet Group, syarikat penerbangan kedua terbesar di Kanada membatalkan 150 penerbangan pada Sabtu akibat mogok oleh jurutera penyelenggaraan pesawatnya, lapor Xinhua.

Menurut WestJet menerusi laman sesawangnya, pembatalan penerbangan yang disebabkan mogok oleh Aircraft Mechanics Fraternal Association (AMFA) akan menjejaskan kira-kira 20,000 penumpang.

AMFA mewakili kira-kira 670 jurutera penyelenggaraan WestJet, memulakan tindakan mogok pada 4.30 petang waktu tempatan (2330 GMT) Jumaat.

Lebih banyak penerbangan akan dibatalkan pada pagi Sabtu sekiranya mogok tidak dihentikan atau tiada campur tangan segera, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

WestJet memaklumkan pihaknya kini sedang berusaha meminta Menteri Buruh dan Lembaga Hubungan Perindustrian Kanada untuk campur tangan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan