Search
Close this search box.
Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin pada Majlis Santapan Tengah Hari di Kuching, hari ini. Turut kelihatan, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto JaPen

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berkenan berangkat ke Majlis Santapan Tengah Hari

ByDouglas Elliot

KUCHING, 30 Jun: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan berangkat ke Majlis Santapan Tengah Hari sempena lawatan tiga hari baginda berdua ke sini.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Turut serta Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar.

Baginda turut berkenan menerima cenderahati daripada Tun Dr Wan Junaidi dan Abang Johari berupa songket, keringkam dan pua kumbu.

Terdahulu, baginda berdua berkenan berangkat ke Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF 2024) pada Jumaat.

Semalam, baginda berdua turut berkenan melawat Tekstil, Muzium dan Galeri Yayasan Tun Jugah.

Ini merupakan lawatan rasmi kali kedua pasangan diraja itu berangkat ke Kuching selepas lawatan rasmi pada November lepas.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin berangkat pulang ke Selangor dengan menaiki pesawat khas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 2.30 petang hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan