Search
Close this search box.
Dato Ibrahim Baki berucap pada Majlis Karnival Eksplorasi Pendidikan Stem N8 Satok 2024 Edisi Kedua di SK Merpati Jepang, Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Skim Insurans Kemalangan Diri Pelajar DUN Satok diteruskan

KUCHING, 30 Jun: Biro Pendidikan Pusat Khidmat Satok meneruskan Skim Insurans Kemalangan Diri Pelajar bagi memberi perlindungan terhadap murid-murid di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki berkata, insurans ini akan terus diberikan kepada anak-anak murid bermula dari prasekolah sehingga darjah enam.

Katanya, perkara ini amat memberi manfaat bukan sahaja kepada golongan berpendapatan rendah tetapi juga kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Tambahnya lagi, perlindungan diberikan bukan sahaja kepada murid tetapi juga melibatkan penjaga dan tidak terhad kepada kemalangan yang berlaku di kawasan sekolah malah di luar kawasan sekolah.

“Ia diberikan kepada semua tidak kira latar belakang sama ada murid-murid yang ibu bapa mereka berpendapatan tinggi atau sebaliknya,” katanya semasa berucap pada Majlis Karnival Eksplorasi Pendidikan STEM N8 Satok 2024 Edisi Kedua di Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang di sini, semalam.

Skim Insurans Kemalangan Diri Pelajar sudah mula dilaksanakan pada Jun 2023 melibatkan 1,440 murid dari empat sekolah rendah di DUN Satok yang ditaja oleh Biro Pendidikan Pusat Khidmat Satok dengan kerjasama Borneo Care.

Sekolah yang menerima skim bantuan insurans itu adalah SK Combined, SK Merpati Jepang, SK Rakyat Jalan Haji Bolhassan dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua No. 4. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan