Semua lepasan SPM dengan 10A ke atas akan ditawar peluang ke Matrikulasi – Anwar


KUALA LUMPUR, 30 Jun: Kerajaan memberi jaminan semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah akan ditawarkan peluang melanjutkan pengajian di peringkat Matrikulasi, bermula tahun ini.