Search
Close this search box.
Satu blok bangunan lama SK Kampung Muhibbah, Jalan Tanjung Bako yang musnah dalam kebakaran awal pagi ini. Foto JBPM

Satu blok bangunan lama SK Kampung Muhibbah musnah dalam kebakaran

KUCHING, 30 Jun: Satu blok bangunan lama Sekolah Kebangsaan Kampung Muhibbah, Jalan Tanjung Bako di sini musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak berkata bangunan berkeluasan 174 dan 36 kaki persegi terbakar 100 peratus.

@tvsarawak

Satu blok bangunan lama Sekolah Kebangsaan Kampung Muhibbah, Jalan Tanjung Bako di Kuching musnah dalam kebakaran awal pagi ini. 📹 JBPM 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! #TVS122 #TVSNews #TVSarawak #TrendingNewsMalaysia #BeritadiTikTok

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

Bomba yang menerima panggilan pada 1.18 pagi, menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya dan Kota Samarahan ke lokasi kebakaran.

“Pasukan bomba berjaya memadam api serta mengawal api agar tidak merebak ke bangunan bersebelahan. Kebakaran tiada melibatkan mangsa.

“Punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Operas pemadaman tamat pada 4 pagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan