Search
Close this search box.
Kontinjen Sabah menyasarkan 40 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos depan. Foto SUKMA Sarawak 2024 (FB)

Sabah sasar 40 emas di SUKMA Sarawak 2024

ByBernama

KOTA KINABALU, 30 Jun: Kontinjen Sabah menyasarkan 40 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos depan.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata berdasarkan prestasi semasa atlet negeri itu, pihaknya yakin sasaran emas ditetapkan mampu dicapai.

“Kita telah melakukan persiapan sejak tahun lepas dan kini lebih 1,000 atlet sedang mengadakan latihan namun hanya lebih 700 atlet akan menyertai kontinjen negeri selepas selesai proses tapisan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Sukan Perpaduan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia dan KBS Sabah di sini hari ini.

Ellron berkata terdapat beberapa sukan yang berpotensi sebagai lubuk emas antaranya renang dan taekwondo.

“Oleh itu, saya nasihatkan agar atlet yang sudah tersenarai dapat meneruskan latihan dengan gigih serta penuh disiplin. Saya juga berharap kita bukan saja dapat mencapai sasaran emas namun ada kejutan lain yang bakal kita dengar,” katanya.

Berdasarkan rekod, kontinjen Sabah menduduki tempat keenam keseluruhan dengan 30 pingat emas, 29 perak dan 39 gangsa pada edisi 2022 di Kuala Lumpur.

SUKMA Sarawak 2024 akan menyaksikan 37 jenis sukan dipertandingkan membabitkan 488 acara dan menghimpunkan 12,619 atlet serta pegawai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan