Search
Close this search box.
Para pengunjung RWMF 2024 menikmati alunan muzik pada malam terakhir festival itu yang diadakan di Kampung Budaya Sarawak, Kuching. Foto Izzah Kamilah (TVS)

RWMF 2024 melabuhkan tirai, pengunjung terhibur

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 30 Jun: Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2024 melabuhkan tirai malam ini selepas tiga hari kehangatannya dirasai di Kampung Budaya Sarawak bermula 28 Jun.

Dikunjungi peminat muzik dari seluruh dunia, pada 6.15 petang hari ini, RWMF dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh Tribal Tride dari Singapura dengan paluan gendangnya.

Turut melakukan persembahan pada malam ini adalah The Colour of Sound Malaysia (Malaysia), Krakatau Ethno (Indonesia), Bourbon Lassi (Australia, Malaysia), Salammusik (Malaysia) dan Alright Mela Meets Santoo (Pakistan, Perancis).

Rekod baharu! RWMF 2024 diserbu 26,000 pengunjung

Acara kemuncak bagi RWMF 2024 dihangatkan lagi dengan kumpulan Havana Social Club yang dianggotai pemuzik dari Colombia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Norway dan Cuba.

Havana Social Club seterusnya memulakan persembahan pada 10.35 malam yang menyajikan muzik Cuba dan Amerika Latin.

Tapak yang berlumpur tidak menghalang penonton untuk terus berhibur, menari dan menyanyi bersama barisan artis.

Turut hadir menyaksikan RWMF malam ini adalah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Acara tahunan itu menerima lebih 26,000 pengunjung dari dalam dan luar negara sekali gus mencatatkan bilangan tertinggi sejak berlangsungnya RWMF pada 1998.

RWMF tahun ini dihangatkan dengan persembahan pemenang Anugerah Grammy, Kitaro yang memukau penonton pada hari pertama manakala hari kedua dimeriahkan dengan persembahan penyanyi terkenal tanah air, Zainal Abidin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan