Search
Close this search box.
Pentas RWMF di Kampung Budaya Sarawak yang mencatatkan kehadiran 26,000 pengunjung menerusi penganjuran tahun ini. Foto TVS

Rekod baharu! RWMF 2024 diserbu 26,000 pengunjung

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 30 Jun: Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2024 yang melabuhkan tirai malam ini mencatatkan rekod baharu dari jumlah pengunjung.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata untuk edisi kali ini, 26,000 pengunjung telah direkodkan.

Menurutnya, angka tersebut merupakan yang tertinggi sejak RWMF berlangsung bermula 1998.

“Tahun ini berbeza kerana hari pertama mencatatkan bilangan pengunjung yang ramai. Sebelum ini, hari pertama mencatatkan angka yang perlahan.

“Sejujurnya saya juga terkejut dengan bilangan pengunjung pada hari pertama,” katanya pada sidang media di Kampung Budaya Sarawak (SCV), malam ini.

Abdul Karim berkata, dari segi peratusan, RWMF 2024 menyaksikan peningkatan 35 peratus bilangan pengunjung. Malah, hasil kutipan jualan tiket juga meningkat 47 peratus.

Catatan tertinggi pengunjung RWMF sebelum ini dicapai pada 2019 dengan kehadiran 23,000 pengunjung.

Memantapkan lagi persembahan pada RWMF kali ini, antara lain, ia dibarisi pemuzik Jepun terkenal, Kitaro dan Zainal Abidin.

Lebih istimewa apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin berkenan mencemar duli menyaksikan persembahan Kitaro pada malam Jumaat.

Mengulas mengenai RWMF pada tahun hadapan, Abdul Karim berkata tarikh bagi acara tahunan tersebut adalah pada 20 hingga 22 Jun 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan