Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datu Ismawi Ismuni bersama tetamu yang lain memotong riben pada Majlis Perasmian Punang Nature Walk di Lawas, hari ini. Foto RECODA

Punang Walk Nature, satu lagi tarikan pelancongan di Lawas

LAWAS, 30 Jun: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini merasmikan Punang Nature Walk, projek dilaksanakan Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA).

Beliau menyifatkan projek Punang Nature Walk sebagai komitmen NRDA dalam menggalakkan dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi serta pembangunan sosial masyarakat di Lawas.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merasmikan Punang Nature Walk, Lawas, hari ini. Foto RECODA

“Ini akan menambahkan lagi tarikan kepada ekosistem pelancongan di kawasan ini,” katanya berucap pada majlis perasmian projek itu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA), Datu Ismawi Ismuni, Pengarah NRDA Datu Ubaidillah Abdul Latip dan Residen Limbang Unus Tambi.

Pembinaan projek bernilai RM1.2 juta itu bermula pada Ogos 2020 dan siap pada 27 Jun 2023.

Ia melibatkan pembinaan tandas awam baru, bilik persalinan dan bilik mandi, bangku, pusat pembuangan sampah, tapak barbeku, tapak perkhemahan, jalan bertar, tempat parkir dan laluan pejalan kaki.

Projek lain yang turut menambah tarikan pelancongan di Kampung Punang ialah Rumah Salai Ikan Tahai Kampung Punang serta di tapak Pembenihan Ikan dan Udang yang berpotensi melahirkan usahawan agro dan akuakultur.

Ismawi berkata RECODA menerusi NRDA terus memastikan pembangunan di kedua-dua daerah ini, dilaksanakan secara konsisten dan seimbang.

Sejak ditubuhkan pada 2018, NRDA diamanahkan untuk melaksanakan 156 projek infrastruktur melibatkan 19 projek jalan dan jambatan, 46 projek bangunan dan kemudahan rekreasi, tujuh projek struktur sungai dan perparitan dan tujuh projek bekalan air.

Ia turut melaksanakan 60 projek penambahbaikan sekolah, satu lapangan terbang, tujuh projek infrastruktur kecil dan tujuh program sosioekonomi, serta dua kajian termasuk kajian ke atas pelabuhan.

Daripada jumlah itu, 76 projek telah siap dibina dan 65 lagi sedang dalam pembinaan.

Menurutnya, kerajaan Sarawak memperuntukkan RM36 juta untuk projek pembangunan di Kampung Punang yang melibatkan enam projek pembangunan infrastruktur yakni empat telah siap manakala dua lagi sedang dalam pembinaan dan hampir siap.

Empat projek infrastruktur yang telah siap ialah Punang Nature Walk, Rumah Salai Ikan Tahai Kampung Punang, Anjung Usahawan Punang Jaya dan Jalan Baru Punang ke Kampung Sg Bangat.

Dua projek yang dalam pembinaan dan hampir siap ialah Masjid Baru Punang dan Sekolah Kebangsaan Kampung Punang.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan