Search
Close this search box.
Pasukan bina badan polis kontinjen Sarawak menempa nama di peringkat kebangsaan apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Mr Police & Mr Pahang 2024. Foto Abdullah Husaini (TVS)

Pasukan bina badan polis Sarawak juara keseluruhan Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Mr Police

ByAbdullah Husaini

KUCHING, 30 Jun: Pasukan bina badan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak mencipta nama di peringkat kebangsaan apabila muncul sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Mr Police & Mr Pahang 2024.

Kemenangan disumbang Lans Koperal Detektif Mohd Faizal Mat Rashid dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dengan memenangi Juara Antara Juara Mr Polis 2024, Juara Kategori Fizikal Lelaki Bawah 170 cm dan Juara Kategori Fizikal Atletik Bawah 170 cm manakala Joseph Ladi dari Balai Polis Beratok, Serian, menjuarai Kategori Bina Badan Bawah 65 kg.

Lans Koperal Detektif Mohd Faizal Mat Rashid bersama piala-piala kemenangannya. Foto Abdullah Husaini (TVS)

Kejohanan itu diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan pada 28-29 Jun 2024.

Turut menyumbang kemenangan, Koperal Mohd Al Badrul Abu dari Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak dengan memperoleh gangsa bagi Kategori Fizikal Atletik Lelaki Atas 170 cm, Koperal Gaddafi Arafat Zulkasisi dari Batalion 10 PGA Sarawak memperolehi gangsa bagi Kategori Bina Badan Lelaki Atas 75 kg dan Lans Mohd Al Iqbal Bin Rozlan memperolehi tempat keempat bagi Kategori Fizikal Atletik Lelaki Atas 170 cm dari IPD Sri Aman.

Turut berbangga dengan kejayaan ini ialah Buda Anchah dari Buda Gym, Samarahan yang juga Jurulatih Kebangsaan Malaysia.

Beliau menaruh keyakinan dapat menempa kejayaan lebih cemerlang pada Kejohanan Bina Badan Mr Asia 2024 di Batam Indonesia bagi Mohd Faizal.

Sebanyak lapan kategori dipertandingkan dan disertai pasukan PDRM dari seluruh Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan