Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi pada Majlis Pelancaran Hari Digital dan Ketersambungan Sarawak di Tebingan Kuching, hari ini. Foto TVS

MySRBN Home Prepaid Plan tingkatkan ketersambungan internet di luar bandar Sarawak

KUCHING, 30 Jun: Sarawak akan memperkenalkan MySRBN Home Prepaid Plan iaitu pelan prabayar internet bagi kegunaan setiap isi rumah di kawasan luar bandar dengan harga serendah RM5 seminggu untuk 200 gigabait (GB).

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berkata penambahbaikan perkhidmatan Inisiatif Rangkaian Jalur Lebar Luar Bandar Sarawak (MySRBN) oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) itu dilancarkan pada 7 Julai ini, dengan pelanggan menerima pakej pramuat percuma sebanyak 300 megabait (MB) setiap bulan.

Dato Sri Julaihi Narawi bersama tetamu kehormat yang lain pada Majlis Pelancaran Hari Digital dan Ketersambungan Sarawak di Tebingan Kuching, hari ini. Foto TVS

“Kalau kita lihat secara perbandingan, penyedia perkhidmatan lain beri kemudahan yang sama dengan inisiatif ini tetapi dengan harga bulanan RM70. Namun pelan ini pelanggan cuma tambah RM20 untuk 1,000 GB sebulan dan pelanggan juga boleh pilih untuk beli secara mingguan.

“Maknanya ada beza RM50 dan saya merasakan RM50 telah ditanggung SDEC. Jadi ada elemen subsidi di situ dan ini adalah usaha SDEC dan kerajaan Sarawak untuk meningkatkan ketersambungan di kawasan luar bandar,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Digital dan Ketersambungan Sarawak di Tebingan Kuching, hari ini.

Menurutnya, SDEC turut melaksanakan pemasangan router dan atena  secara percuma kepada pelanggan yang telah diluluskan permohonannya.

Dilancarkan pada 2021, inisiatif jalur lebar tanpa wayar MyRSBN setakat ini telah diperluaskan ke 490 kawasan luar bandar melibatkan 19,668 premis di seluruh Sarawak.

Julaihi turut mengulangi komitmen Kerajaan Sarawak dalam meningkatkan capaian internet menerusi kemudahan disediakan Kerajaan Persekutuan di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Katanya, langkah proaktif itu membuktikan kerajaan Sarawak memandang serius pembangunan telekomunikasi terutama dalam agenda transformasi digital.

“Hal ini kerana transformasi digital adalah satu daripada tujuh pemboleh yang diperlukan untuk membangun enam sektor ekonomi yang telah dikenalp asti di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan