Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing menjawab pertanyaan media selepas melawat mangsa-mangsa kemalangan bas persiaran yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur hari ini. Foto Bernama

MOTAC akan gantung lesen syarikat pelancongan terlibat nahas bas terbalik di Genting Highlands

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menggantung sementara lesen agensi pelancongan yang terlibat insiden bas persiaran terbalik di Genting Highlands, sekiranya siasatan mendapati syarikat tersebut gagal mematuhi prosedur operasi standard.

Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan penuh berhubung kejadian itu termasuk agensi pelancongan berkenaan.

Kemalangan Genting Highlands: Pemandu bas direman empat hari

“Siasatan dijalankan secara menyeluruh melibatkan agensi pelancongan itu sendiri sehingga ke anak syarikatnya (subline) bagi mengesan sebarang kegagalan pematuhan prosedur operasi standard.

“Selepas siasatan penuh selesai dan sekiranya kita dapati bahawa mereka (agensi pelancongan) sememangnya bersalah, maka lesen miliknya akan ditarik serta-merta,” katanya dalam sidang media selepas melawat mangsa nahas tersebut di Hospital Kuala Lumpur bersama Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing pagi ini.

Seramai lapan mangsa kemalangan itu yang menerima rawatan di hospital berkenaan dilaporkan stabil.

Pemandu bas persiaran terlibat nahas di Genting Highlands tiada lesen memandu

Dalam insiden pada 11 pagi semalam, dua lelaki warga China maut manakala 19 penumpang lagi terselamat selepas bas persiaran dinaiki dipercayai terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan di kilometer 16.5 Jalan Turun Genting Highlands, ketika dalam perjalanan ke ibu negara.

Dalam pada itu Tiong berkata satu mesyuarat khas membabitkan MOTAC bersama dengan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan dijadualkan pada Selasa ini bagi membincangkan mengenai siasatan nahas berkenaan.

Dua warga China maut, 19 selamat bas persiaran terbalik di Genting Highlands

“Saya mahu penjelasan penuh daripada kedua-dua pihak terlibat kerana aduan yang diterima bahawasanya bas pelancongan ini tidak sesuai digunakan kerana sepanjang enam hari percutian mereka (pelancong China), bas ditukar sebanyak tiga kali.

“Ini membuktikan bahawa bas digunakan tidak diselenggara dengan baik termasuk tidak mempunyai pendingin hawa dan terdapat bunyi-bunyi yang tidak sepatutnya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar semalam mengesahkan pemandu bas berusia 32 tahun yang terlibat nahas itu sudah ditahan pada 10.30 malam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, Pahang.

Beliau berkata pemandu bas tersebut direman selama empat hari bermula hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan