Search
Close this search box.
Yusuf Abd Wahab menyampaikan hadiah kepada Norlela Pawi yang mewakili pasukannya selepas menyandang tempat pertama Bola Jaring Berkain Batik Wanita sempena Sukan Sarung anjuran PIBG SK Agama (MIS) Sarikei. Foto TVS

Meringankan beban ibu bapa hantar anak ke IPT

TANJUNG MANIS, 30 Jun: Bidang pendidikan terus menjadi keutamaan Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab melalui sumbangan besar beliau dalam membantu ramai pelajar cemerlang di kawasan itu melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Menurut Yusuf, usaha bersungguh-sungguh itu juga mahu memastikan anak muda sarawak menikmati taraf kehidupan masa depan yang lebih terjamin.

Ujarnya, beliau melalui Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis menyediakan peruntukan khas untuk pelajar cemerlang sebagai pencetus semangat kepada mereka untuk berusaha dengan lebih tekun dan gigih.

“Setiap tahun kita menyalurkan sumbangan lebih RM200,000 untuk pelajar-pelajar ini dan dalam tempoh lima tahun, sudah RM1 juta dibelanjakan bagi tujuan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pentas Dewan Khalid Al-Walid dan Karnival Sukan Sarung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Sarikei pada Sabtu.

Menurut Yusuf, bantuan berupa wang tunai itu tidak hanya kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebaliknya, untuk mereka yang menerima tawaran ke mana-mana IPT sama ada awam mahu pun swasta.

Sehubungan itu katanya, mana-mana pelajar yang mendapat tawaran boleh mengemukakan permohonan kerana tidak ada had tempoh.

Malah jelasnya, bantuan itu bukan bermusim sebaliknya akan sentiasa disalurkan bagi memastikan pelajar tidak tercicir dalam arus pendidikan.

“Pengundi di Parlimen Tanjong Manis yang anak mereka mendapat keputusan peperiksaan baru-baru ini, andai kata mendapat tawaran tersebut (melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi), sila majukannya kepada kami.

“Kita akan memberi sedikit sumbangan sebagai pemudah cara dan meringan sedikit beban ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk melanjutkan pelajaran,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan