Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol menerima cenderamata daripada Noor Seela Noor Sulaiman. Turut kelihatan, Samuel Simon. Foto TVS

Membentuk jati diri menerusi seni dan budaya

KUCHING, 30 Jun: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak memainkan peranan penting dalam pembentukan jati diri masyarakat menerusi kesenian dan kebudayaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol yakin rakyat akan lebih cakna tentang nilai positif yang tersirat di sebalik seni dan budaya menerusi program yang disusun atur oleh JKKN Sarawak.

“Peranan mereka kadang-kadang orang tidak nampak iaitu membina warganegara yang berjiwa besar dari segi spiritual sebab Malaysia, amnya dan Sarawak khususnya adalah wilayah sejak sekian lama, mempunyai pelbagai kaum, etnik, budaya dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Jamuan Teh Sepetang Bersama Media di Star On Stage anjuran bersama JKKN Sarawak dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di sini, hari ini.

Antara program yang telah dirancang dan bakal dilaksanakan pada 2024 termasuklah Festival Gendang Sarawak, Festival Tari Malaysia Zon Sarawak, Festival Bintang Asli Remaja Kebangsaan Zon Sarawak serta Bengkel Pemasaran dan Penajaan Seni Budaya.

Majlis jamuan teh ini turut menjadi wadah bagi JKKN Sarawak untuk mengenali serta mengukuhkan jaringan organisasi tersebut bersama media.

Hadir sama Pengarah JKKN Sarawak, Noor Seela Noor Sulaiman dan Pengarah UKAS, Samuel Simon. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan