Matrikulasi: KPM akan buat pengumuman lanjut, bincang dengan KPT – Fadhlina


NIBONG TEBAL, 30 Jun: Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pengumuman selanjutnya berkaitan peluang melanjutkan pengajian di peringkat Matrikulasi kepada semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah.