Search
Close this search box.
Satu letupan kuat meranapkan sebuah gudang mercun di Bandar Zamboanga di selatan Filipina pada petang Sabtu, meragut lima nyawa dan mencederakan sekurang-kurangnya 20 orang, lapor Xinhua. Foto Philippine Star (FB)

Lima maut, 20 cedera dalam letupan gudang mercun di Filipina

ByBernama

MANILA, 30 Jun: Satu letupan kuat meranapkan sebuah gudang mercun di Bandar Zamboanga di selatan Filipina pada petang Sabtu, meragut lima nyawa dan mencederakan sekurang-kurangnya 20 orang, lapor Xinhua.

Pihak berkuasa tempatan berkata letupan itu yang berlaku selepas pukul 4 petang waktu tempatan, memberikan impak dalam radius 1.14 kilometer dan merosakkan kawasan penempatan dan komersial berhampiran gudang itu.

Datuk Bandar John Dalipe yang bergegas ke lokasi letupan mengesahkan kepada wartawan lima orang maut dan pasukat penyelamat mengejarkan 20 orang lagi ke hospital.

Pejabat Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana bandar itu menyenaraikan lapan pesakit dalam keadaan kritikal.

Kolonel Polis Kimberly Molitas, Pengarah Kota Pejabat Polis Bandar Zamboanga berkata seorang kanak-kanak merupakan antara yang terbunuh.

Beliau memberitahu wartawan anggota bomba dan polis sedang menyiasat punca letupan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan