Search
Close this search box.
Rempuhan kuat menyebabkan pintu hadapan MPV polis rosak dan tingkapnya pecah. Foto Polis Alor Gajah (FB)

Lelaki ditahan langgar MPV polis

ByBernama

MELAKA, 30 Jun: Seorang lelaki ditahan selepas melanggar kereta peronda polis (MPV) di Jalan Sungai Tuang, Kuala Sungai Baru pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata kejadian kira-kira 9.45 malam itu berlaku gara-gara lelaki berusia 44 tahun dan pasangannya berusia 25 tahun itu takut ditangkap khalwat oleh anggota unit MPV Bahagian Jenayah dan Keselamatan Komunti daerah yang melakukan rondaan cegah jenayah.

“Pasangan itu yang menaiki pacuan empat roda didapati berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan sunyi dan gelap.

“Dua anggota unit MPV yang melakukan rondaan kemudian menghentikan kenderaan mereka di belakang pacuan empat roda itu dengan menyalakan lampu mata arah, namun pemandunya enggan bekerjasama dan cuba melarikan diri dengan mengundurkan kenderaan itu hingga melanggar MPV itu,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata pasangan berkenaan yang berjaya ditahan selepas itu didapati bertindak sedemikian kerana takut ditangkap khalwat.

Menurut Ashari rempuhan kuat itu menyebabkan pintu hadapan MPV itu rosak dan tingkapnya pecah.

Kedua-duanya yang tidak memiliki rekod jenayah dan negatif terhadap dadah, katanya disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan