Search
Close this search box.
Sebahagian daripada orang ramai yang membotakkan kepala menerusi kempen GoBald 2024. Foto SCCS

Kutip dana bantu kanak-kanak kanser dengan membotakkan kepala

KUCHING, 30 Jun: GoBald 2024, satu inisiatif kutipan dana menerusi membotakkan kepala, yang kini memasuki edisi ke-16 berjaya mengumpul lebih RM700,000 daripada lebih 2,700 penderma.

Pertubuhan Kanser Kanak-kanak Negeri Sarawak (SCCS) memaklumkan sehingga Jun 2024, lebih 300 orang di Malaysia telah mendaftar untuk GoBald, dengan sekurang-kurangnya 260 menyatakan persetujuan untuk membotakkan kepala mereka.

“Ini termasuk sekurang-kurangnya 30 peserta dari sembilan negeri lain di seluruh Malaysia.

“Sejak penubuhannya pada 2009, GoBald telah mengumpul lebih RM11 juta dengan sokongan daripada lebih 10,000 peserta di seluruh Malaysia,” kongsi SCCS yang merupakan penganjur program, menerusi kenyataan, hari ini.

Di Kuching sahaja, lebih RM190,000 berjata dikumpul dan 204 peserta menyahut cabaran membotakkan kepala mereka pada acara utama di AEON Mall Kuching Central dan di salun gunting rambut.

Presiden SCCS Mary Kiu berkata 60 hingga 70 kes kanser kanak-kanak baharu direkodkan di Sarawak setiap tahun, tidak termasuk kes berulang. Sehingga Jun 2024, lebih RM630,000 telah dibelanjakan tahun ini untuk bantuan perubatan sahaja.

“Untuk orang dewasa, rawatan kanser boleh menjadi sangat mencabar. Apatah lagi untuk kanak-kanak, ada yang baharu berumur hampir setahun.

“Sesetengah daripada mereka hampir tidak memahami penyakit apa yang mereka hadapi, dan mereka tidak dapat meluahkan kesakitan mereka sepenuhnya,” kata Kiu.

Kiu menjelaskan mesej di sebalik tema tahun ini – ‘Beacon of Hope’ – pihaknya menekankan peranan penting yang dimainkan oleh individu biasa sebagai agen harapan untuk kanak-kanak menghidap kanser dan mangsa terselamat.

“Sebagai sebuah organisasi yang bergantung terutamanya pada derma orang ramai, ia adalah melalui inisiatif seperti GoBald yang membolehkan kami menyokong lebih 1,650 keluarga sejak kami ditubuhkan pada 2001,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found