Search
Close this search box.
Pemandu bas pesiaran yang terlibat dengan kemalangan yang mengorbankan dua warga China ketika dalam perjalanan turun dari Genting Highlands, Bentong semalam direman empat hari. Foto JBPM

Kemalangan Genting Highlands: Pemandu bas direman empat hari

ByBernama

KUANTAN, 30 Jun: Pemandu bas pesiaran yang terlibat dengan kemalangan yang mengorbankan dua warga China ketika dalam perjalanan turun dari Genting Highlands, Bentong semalam direman empat hari.

Dua warga China maut, 19 selamat bas persiaran terbalik di Genting Highlands

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar dalam kenyataan berkata pemandu bas berusia 32 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong sekitar 10.30 malam tadi sebelum direman bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Semalam media melaporkan pemandu bas itu tidak mempunyai lesen memandu dan memiliki 27 saman lampau melibatkan pelbagai kesalahan.

Pemandu bas persiaran terlibat nahas di Genting Highlands tiada lesen memandu

Dalam nahas jalan raya kira-kira 11 pagi itu, dua lelaki warga China maut manakala 19 penumpang lagi terselamat selepas bas persiaran dinaiki dipercayai terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan di KM 16.5 Jalan Turun Genting Highlands. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan