Search
Close this search box.
Jepun akan melancarkan wang kertas baharu pada Rabu, menampilkan penggunaan holografi canggih yang dikatakan sebagai yang pertama di dunia. Foto hiasan Envato

Jepun akan keluarkan wang kertas baharu pada 3 Julai

ByBernama

TOKYO, 30 Jun: Jepun akan melancarkan wang kertas baharu pada Rabu, menampilkan penggunaan holografi canggih yang dikatakan sebagai yang pertama di dunia, lapor Agensi Berita Kyodo.

Wang kertas baharu itu menjadikan potret tokoh dalam sejarah negara itu kelihatan berputar dalam tiga dimensi (3D), sebagai salah satu langkah anti-pemalsuan mereka.

Dalam perubahan reka bentuk pertama dalam tempoh 20 tahun, wang kertas 10,000 yen, 5,000 yen dan 1,000 yen akan mempunyai angka nilai muka yang lebih besar dicetak berbanding versi semasa, agar semua orang tanpa mengira umur dan kewarganegaraan dapat mengenalinya dengan mudah.

Tanda sentuhan akan membolehkan orang cacat penglihatan untuk menyentuh dan mengetahui wang kertas yang mereka pegang.

Wang kertas 10,000 yen akan memaparkan “bapa kapitalisme Jepun”, Eiichi Shibusawa dengan bangunan bata merah Stesen Tokyo tertera di bahagian belakang.

Wang kertas 5,000 yen pula memaparkan pendidik Umeko Tsuda yang semasa hayatnya berusaha meningkatkan status wanita dalam masyarakat manakala wang kertas 1,000 yen akan menggunakan potret ahli mikrobiologi Shibasaburo Kitasato.

Menurut kerajaan, hampir 7.5 bilion wang kertas baharu akan dicetak menjelang akhir Mac tahun depan manakala wang kertas sedia ada akan tetap sah walaupun selepas wang kertas baharu diperkenalkan.

Di Jepun, 18.54 bilion wang kertas diedarkan pada akhir 2023. Jika ia disusun secara mendatar, ia akan bersamaan dengan lapan kali jarak antara Bumi dan Bulan, menurut data Bank of Japan.

Wang kertas baharu itu diperkenalkan ketika Jepun berusaha untuk menggalakkan pembayaran tanpa tunai.

Nilai pembayaran tanpa tunai semakin meningkat di negara itu, tetapi masih belum mencapai sasaran kerajaan sekitar 40 peratus pada 2023. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan