Search
Close this search box.
Asap berkepul-kepul di pinggir bandar timur Kota Gaza di Shejaiya berikutan pengeboman Israel pada 22 Jun 2024, Foto, AFP.

Hamas, Ketua Perisikan Mesir bincang gencatan senjata Gaza

ByBernama

GAZA CITY, 30 Jun: Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, membincangkan gencatan senjata di Gaza dengan Ketua Perisikan Mesir Abbas Kamel menerusi panggilan telefon pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

Haniyeh menerima panggilan telefon daripada Kamel untuk membincangkan “perkembangan terbaharu mengenai rundingan bagi mencapai gencatan senjata,” menurut kenyataan Hamas.

Ketua perisikan Mesir itu turut menyampaikan ucapan takziah kepada Haniyeh atas kematian kakaknya dan beberapa anggota keluarga dalam serangan udara Israel di kem pelarian Al-Shati di barat Gaza City minggu lalu.

Rundingan tidak langsung antara Israel dan Hamas dengan Amerika Syarikat, Qatar dan Mesir bertindak sebagai perantara setakat ini gagal mencapai persetujuan yang membolehkan pertukaran tawanan antara kedua-dua pihak.

Lebih 37,800 rakyat Palestin terbunuh di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala lebih 86,800 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan