Search
Close this search box.
Datuk Hasbi Habbibollah menyerahkan geran kerajaan kepada wakil gereja pada Majlis Malam Kebudayaan Gawai Dayak Sempena Pesta Medamit di Dewan Terbuka Nanga Medamit malam tadi. Foto TVS . Foto TVS

GIATMARA baharu Limbang akan dibina dengan kos RM10 juta

LIMBANG, 30 Jun: Kerajaan terus memperkasakan bidang pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), menerusi pembinaan projek GIATMARA baharu Limbang tidak lama lagi dengan kos RM10 juta.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habbibollah berkata kompleks bangunan baharu itu amat diperlukan untuk menempatkan operasi GIATMARA Limbang dalam menyediakan prasarana dan kemudahan latihan yang lebih kondusif dan selamat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Limbang berkata ia sejajar dengan usia dan peranan GIATMARA yang amat signifikan sebagai penyedia teknologi, berteraskan pembelajaran kemahiran khusus di utara Sarawak.

“Ini perkembangan yang baik kerana projek ini sudah lama tertangguh, disebabkan COVID-19, perbezaan harga dan sebagainya,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Kebudayaan Gawai Dayak Sempena Pesta Medamit di Dewan Terbuka Nanga Medamit malam tadi.

GIATMARA adalah institusi yang menyediakan latihan kemahiran dan vokasional kepada penduduk setempat di peringkat sijil, kursus yang dijalankan pula adalah dalam jangka masa pendek iaitu dari enam hingga 24 bulan.

Dalam pada itu Hasbi memberitahu satu taklimat telah dijalankan bersama Jabatan Pengaliran dan Saliran sebagai agensi pelaksana bagi membincangkan projek-projek pembangunan di daerah ini minggu lepas.

Antaranya katanya pembinaan jambatan, pembinaan rangkaian jalan raya termasuk di kawasan luar bandar dan projek pembangunan lain.

Turut hadir pada program itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang dan pengerusi penganjur yang juga Pengerusi Serakup Dayak Iban Sarawak (SADIA) Limbang Jerry Seraie. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan