Search
Close this search box.
Jaringan Ruben Vargas membantu Switzerland menewaskan juara bertahan Itali 2-0 dalam pusingan 16 Euro 2024 di Stadium Olympia Berlin pada Sabtu. Foto AFP

Euro 2024: Switzerland kejutkan Itali, mara ke suku akhir

ByBernama

BERLIN, 30 Jun: Jaringan Ruben Vargas membantu Switzerland menewaskan juara bertahan Itali 2-0 dalam pusingan 16 Euro 2024 di Stadium Olympia Berlin pada Sabtu.

Switzerland berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-37 apabila Remo Feulner tidak mensia-siakan peluang membolosi gawang pihak lawan melepasi penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma.

Switzerland menggandakan kelebihan sejurus separuh masa kedua bermula apabila Vargas menjaringkan gol ke penjuru atas kanan gawang Itali.

Itali hampir merapatkan jurang apabila Fabian Schar nyaris menjaringkan gol sendiri.

“Kami bernasib baik. Hampir menjaringkan gol sendiri adalah saat yang mengejutkan, tetapi pasukan bermain dengan baik dan kami dapat mempertahankan keputusan ini. Saya harap ini bukan pengakhiran bagi kami dan kami boleh terus mencipta sejarah,” kata jurulatih Switzerland, Murat Yakin.

Switzerland akan berdepan sama ada England atau Slovakia dalam suku akhir pada 6 Julai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan