Search
Close this search box.
Esther Joy Chen muncul naib juara di Kejohanan Persekutuan Triathlon Asia Tenggara (SEATF) di Lumut, Perak hari ini. Foto Esther Joy Chen (FB)

Esther menyerlah di sebalik kecederaan rusuk

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Kecederaan tulang rusuk dialami wakil negara Esther Joy Chen tidak menghalang beliau untuk muncul naib juara di Kejohanan Persekutuan Triathlon Asia Tenggara (SEATF) di Lumut, Perak hari ini.

Saingan berlangsung di Marina Island Pangkor bersempena Pesta Sukan Perak 2024 menyaksikan Esther melengkapkan cabaran dengan masa keseluruhan 1 jam 18 minit dan 54 saat (s) di belakang pemenang gangsa Sukan SEA 2021 Raven Alcoseba dari Filipina (1:18.10s) manakala seorang lagi wakil tempatan Cindy Sui memperoleh gangsa (1:22.32s).

Biarpun tidak berjaya mempertahankan kejuaraan dimenanginya pada edisi lepas, Esther tetap berpuas hati dengan pencapaian hari ini.

“Saya sebenarnya tidak begitu yakin dengan pertandingan kali ini kerana saya baharu sahaja terlibat dalam kemalangan sewaktu berbasikal beberapa minggu lepas sehingga menyebabkan keretakan pada tulang rusuk.

“Justeru, mengambil kira keadaan saya ini, saya masih berupaya bukan sahaja untuk menamatkan perlumbaan malah memburu kedudukan terbaik. Ini tetap pencapaian yang agak bagus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu dalam saingan lelaki, atlet dari Filipina mendominasi saingan menerusi Andrew Remolino dan Matthew Hermosa yang membawa pulang pingat emas dan perak selepas masing-masing melakukan 1:10.32s dan 1:10.42s manakala wakil negara Martyn Lim (1:12:06s) yang membawa pulang gangsa.

Edisi ketiga kejohanan SEATF menyaksikan peserta perlu melengkapkan tiga saringan berasingan dengan kombinasi rutin berbeza iaitu berenang 300 meter (m)-berbasikal 5 kilometer (km)-berlari 2.5km bagi saringan pertama, berlari 2.5km-berbasikal 5km-berenang 300m untuk saringan kedua dan saringan ketiga melibatkan berenang 300m-berlari 2.5km-berbasikal 5km, kesemuanya perlu dilengkapkan dalam tempoh satu jam setengah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan