Search
Close this search box.
Beberapa kawasan di Penampang dan Kota Kinabalu mengalami gangguan bekalan elektrik akibat hujan lebat sehingga menyebabkan banjir. Foto SESB Careline (FB)

Banjir: PPS dibuka di Penampang, bekalan elektrik terputus

ByBernama

PENAMPANG, 30 Jun: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di sini pukul 5.25 petang tadi akibat banjir disebabkan hujan lebat berterusan bermula awal petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan seramai tiga orang daripada satu keluarga telah dipindahkan ke PPS di Dewan Kebudayaan Penampang pada pukul 8 malam ini.

“Hujan lebat di beberapa daerah mengakibatkan kenaikan paras air dan menyebabkan kediaman di beberapa kawasan kerap berlaku banjir telah dinaiki air. Agensi penyelamat sedang membuat pemantauan di beberapa kawasan sekitar Penampang dan Kota Kinabalu,” kata kenyataan itu.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memberitahu beberapa kawasan di Penampang dan Kota Kinabalu mengalami gangguan bekalan elektrik akibat bencana tersebut.

“Kejadian banjir menyebabkan beberapa feeder terpaksa ditutup dan SESB sedang dalam tindakan pembaikan dan seterusnya pemulihan bekalan secara berperingkat. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mendekati kawasan pepasangan SESB,” kata kenyataan itu.

Menurut SESB, antara kawasan yang terjejas bekalan elektrik adalah Moyog Water Treatment Plant, Lok Kawi Wildlife Park, Pengkalan Tentera Darat Kem Lok Kawi dan Pejabat Perhutanan Daerah Kota Kinabalu.

“Dua tiang talian voltan tinggi di Jalan Bingaliu Lokub, Kiulu turut terjejas petang ini akibat tanah runtuh. SESB memohon maaf atas segala kesulitan dan menjangkakan ada sedikit kelewatan pembaikan bekalan kerana terlalu banyak laluan ditenggelami air,” kata kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan