Search
Close this search box.
Malaysia mengakhiri saingan Kumpulan B dengan menduduki tempat teratas selepas menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 5-0 pada Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2024 di Yogyakarta, Indonesia hari ini. Foto BAM (FB)

BAJC: Malaysia juara Kumpulan B

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Malaysia mengakhiri saingan Kumpulan B dengan menduduki tempat teratas selepas menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 5-0 pada Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2024 di Yogyakarta, Indonesia hari ini.

Pada aksi terakhir peringkat kumpulan itu, Malaysia memulakan aksi cemerlang dengan meraih mata pertama menerusi beregu campuran Kang Khai Xing-Noraqilah Maisarah Ramdan selepas menewaskan Dev Vishnu-Taabia Khan 21-9, 21-13 dalam tempoh 20 minit.

Pemain perseorangan wanita Siti Zulaikha Muhammad Azmi menyumbangkan mata kedua negara selepas mengatasi Mysha Omer Khan 22-20, 21-10 sebelum Muhammad Faiq Masawi meletakkan Malaysia terus mendahului 3-0 setelah menewaskan Bharath Latheesh 21-18 dan 21-13 dalam perseorangan lelaki.

Pada perlawanan keempat, beregu wanita Ong Xin Yee-Carmen Ting tidak berdepan masalah melakar kemenangan ke atas Taabia Khan-Sakshi Kurbkhelgi 21-9, 21-13.

Malaysia melengkapkan kemenangan kelima menerusi beregu lelaki Kang Khai Xing-Aaron Tai yang menewaskan Dev Ayyapan-Dhiren Ayyapan 24-22, 21-18.

Malaysia akan beraksi dalam saingan suku akhir esok dan pasukan yang akan dihadapi hanya diketahui selepas undian dijalankan sejurus semua perlawanan peringkat kumpulan berakhir hari ini.

Tahun lepas skuad negara gagal melepasi peringkat suku akhir selepas tewas 0-3 kepada Thailand juga di Yogyakarta.

Kali terakhir Malaysia memperoleh pingat dalam acara berpasukan campuran ialah pada 2018 apabila mereka membawa pulang gangsa dalam kejohanan di Jakarta. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan