Search
Close this search box.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) bekenan mendengar penerangan daripada Pengerusi Yayasan Tun Jugah Tan Sri Leonard Linggi Jugah (tengah) semasa melawat Tekstil, Muzium dan Galeri Yayasan Tun Jugah Yayasan di kompleks Yayasan Tun Jugah, Jalan Tunku Abdul Rahman, hari ini. Foto Bernama

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri lawat Yayasan Tun Jugah

KUCHING, 29 Jun: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melawat Tekstil, Muzium dan Galeri Yayasan Tun Jugah di sini hari ini.

Baginda berdua meluangkan masa hampir dua jam melihat antara lain kepelbagaian tekstil dan sejarah tenunan serta peralatan kaum Iban.

Turut hadir Pengerusi Yayasan Tun Jugah Tan Sri Leonard Linggi Jugah dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Noorashikin berkenan mendengar taklimat oleh Pemegang Amanah Pengurusan Yayasan Tun Jugah, Melia Linggi sepanjang lawatan itu.

Yayasan Tun Jugah yang ditubuhkan pada 1985 antara lain bertujuan memelihara dan mempromosikan kaedah tradisional tenunan Iban bagi memberi pemahaman lebih mendalam tentang tekstil dan tradisi tenunan Iban demi kepentingan tempatan dan antarabangsa.

Baginda turut berkenan menerima cenderahati daripada Leonard Linggi berbentuk ‘lungai tinggang’ yang merupakan parang tradisional masyarakat Iban.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Noorashikin dijadualkan berangkat ke hari kedua Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF 2024) di Kampung Budaya Sarawak malam ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan