Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berjalan bersama para peserta Sarawak Harmony Walk 2024 di Kuching, hari ini. Foto TVS

Sarawak Harmony Walk 2024 wadah penyatuan kaum

KUCHING, 29 Jun: Seawal 5.30 pagi, kawasan Padang Merdeka di sini dipenuhi kira-kira 5,000 peserta Sarawak Harmony Walk 2024.

Bertemakan ‘Unity Is Our Calling’, program berjalan kaki anjuran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) ini bertujuan mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum selain memupuk hidup sihat.

Menurut pelajar Francis Scott, 15, aktiviti seperti ini perlu dijadikan acara tahunan kerana mempunyai impak positif terhadap segenap lapisan masyarakat.

“Kita dapat lihat ramai memyertai program ini. Contohnya jemaah dari masjid dan pelbagai latar belakang. Saya berharap program sebegini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan untuk mengeratkan lagi perpaduan,” katanya.

Sementara itu, bagi usahawan Kapitan Tan Kok Chiang, 49, program sebegini mampu menyemai serta mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum dan agama.

“Program hari ini, saya rasa memang amat baik kerana kita dapat melihat penglibatan daripada pelbagai kaum. Ini jelas mempamerkan semangat perpaduan yang kita amalkan di Sarawak.

“Kita dapat lihat kepelbagaian kaum yang dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan sebagai anak jati Sarawak, saya berasa amat bangga melihat suasana ini,” katanya.

Bagi sami Hindu Krisnarao, 54, Sarawak Harmony Walk 2024 ini ibarat perjumpaan satu keluarga besar yang bergaul secara mesra tanpa mengira latar belakang seseorang.

“Sangat meriah dan berwarna-warni. Kita melihat orang ramai dari pelbagai kaum dan agama berjalan kaki beramai-ramai dalam suasana penuh ceria. Ini menggambarkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum di Sarawak, ibarat satu keluarga,” katanya.

Pengurus Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan bagi Pusat Penerangan Islam, Majlis Islam Sarawak, Tazudin Mohtar berkata, Harmony Walk 2024 dilihat sebagai wadah pengukuhan ukhwah.

“Saya berasa teruja dan program sebegini memang satu pendekatan yang baik. Lebih-lebih lagi Sarawak memang terkenal dengan harmoni, dengan berbilang kaum, berbilang budaya.

“Ini merupakan satu pengukuhan dan satu matlamat untuk mengukuhkan lagi ukhwah atau kerjasama dan juga ikatan mesra yang telah terjalin selama ini,” katanya.

Pelepasan peserta disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi turut berjalan bersama para peserta sejauh 2.4 kilometer.

Disertai Timbalan-timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, program itu bermula pada 7 pagi di Padang Merdeka, Kuching, mereka tiba di garisan penamat pada 7.47 pagi.

Turut serta dalam program itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee dan Pengarah Unit UNIFOR Datu Jack Aman Luat.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan