Search
Close this search box.
Raja Zarith Sofiah, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan kenamaan lain pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Kuching, hari ini. Foto UKAS

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Mesyuarat Agung Tahunan Pandu Puteri Malaysia

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 29 Jun: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) 2024.

Ketibaan Seri Paduka Baginda disambut isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi yang juga Penaung PPPM Sarawak, Yang Dipertua PPPM Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Premier Sarawak, Datuk Amar Jum’ani Tuanku Bujang.

Dalam ucapannya, Raja Zarith Sofiah yang merupakan Penaung Diraja PPPM menzahirkan perasaan bangga terhadap PPPM yang berjaya membawa perubahan positif dalam era globalisasi.

“Ini yang kita perlukan dalam membantu dan menggalakkan pembangunan masyarakat yang bersepadu dan menyeluruh,” titah baginda pada majlis perasmian yang berlangsung di sini, hari ini.

Baginda bertitah mesyuarat agung tahunan merupakan ruang berkecuali untuk setiap organisasi dalam membuat keputusan yang membawa faedah kepada semua ahli.

“Gunakan ruang berkecuali ini untuk menggerakkan persatuan ke arah yang lebih baik bagi pembangunan kesemua ahli di Malaysia dan peringkat antarabangsa,” titahnya.

Titah baginda, melalui PPPM ramai wanita menimba pengalaman dan keyakinan untuk menjadi individu yang lebih berani yang terpupuk sifat kepimpinan.

Raja Permaisuri Agong, turut menzahirkan penghargaan kepada individu yang menyumbang dan menjadikan PPPM sebagai sebuah organisasi yang bermakna.

Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 Tahun 2024 Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang berlangsung hari ini menghimpunkan 300 ahli Pandu Puteri di negara ini.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan