Search
Close this search box.
Raja Zarith Sofiah berkenan menyampaikan Anugerah Bintang Kehormat Persatuan Pandu Puteri Malaysia kepada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang diwakili isterinya, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang. Foto UKAS

Raja Permaisuri Agong berkenan menyampaikan anugerah bintang kehormat Pandu Puteri kepada Premier Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 29 Jun: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menyampaikan Anugerah Bintang Kehormat Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Isteri Premier, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang mewakili Premier menerima anugerah itu pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 Tahun 2024 Persatuan Pandu Puteri Malaysia di sini, hari ini.

Antara tokoh lain yang menerima anugerah tersebut adalah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Anugerah Bintang Kehormat diberikan kepada tokoh yang banyak memberikan sokongan dan dorongan terhadap Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Turut hadir, isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan