Search
Close this search box.
Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Negeri di DUN Sarawak, Kuching, malam ini. Baginda diiringi Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi. Foto TVS

Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Santapan Negeri

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 29 Jun: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak malam ini sempena lawatan ke Bumi Kenyalang selama tiga hari yang berakhir esok.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada 8 malam diiringi Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Sebelum majlis santapan bermula, Raja Zarith Sofiah berkenan menonton persembahan cenderakenangan sebelum ke Dewan Santapan.

Pada majlis tersebut, Raja Permaisuri Agong turut dihiburkan dengan persembahan selamat datang, tarian kebudayaan pelbagai etnik masyarakat Sarawak dan nyanyian artis tempatan.

Turut hadir isteri Premier Sarawak, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus.

Terdahulu pada sebelah pagi, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.

Baginda dijadual berangkat pulang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada 11:30 pagi, esok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan