Search
Close this search box.
Bangkai haiwan liar itu, ditemukan penduduk kampung ketika melalui kawasan sungai berkenaan. Foto media sosial

Perhilitan Kelantan terima laporan penemuan bangkai harimau belang di Kuala Krai

ByBernama

KOTA BHARU, 29 Jun: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan mengesahkan telah menerima laporan mengenai penemuan bangkai seekor harimau belang di Sungai Dabong, Kuala Krai pada petang Jumaat.

Pengarahnya Mohamad Hafid Rohani berkata bangkai haiwan liar itu, ditemukan penduduk kampung ketika melalui kawasan sungai berkenaan.

Beliau berkata penduduk kampung memaklumkan perkara itu dan sepasukan renjer telah dikerahkan ke lokasi itu untuk menyiasat.

“Bangkai harimau belang itu kemudiannya dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Negara di Sungkai, Perak untuk dibedah siasat,” katanya kepada Bernama malam tadi.

Mohamad Hafid berkata prosedur bedah siasat adalah untuk merungkai punca kematian haiwan liar berkenaan.

“Keputusan bedah siasat haiwan liar itu akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan