Search
Close this search box.
Datuk Liwan Lagang menghadiri Majlis Penangguhan Pesta Adet Saviek di Rumah Panjang Neh Long Liten, Belaga hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

Penduduk Belaga akan nikmati liputan 5G tidak lama lagi

ByAkma Salleh

BELAGA, 29 Jun: Penduduk di Daerah Belaga akan menikmati rangkaian telekomunikasi 5G dalam tempoh tiga bulan lagi, demikian menurut Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Liwan Lagang.

Sehubungan itu beliau mahu golongan belia, pengusaha atau peniaga memanfaatkan kemudahan itu untuk meningkatkan taraf sosioekonomi.

“Gunakan peluang digital ini dengan cara yang betul dan bukan untuk menyebar berita palsu dan gunakan ia untuk tujuan perpaduan sambil membantu meningkatkan ekonomi kita,” katanya berucap pada Majlis Penangguhan Pesta Adet Saviek Kajang di Rumah Panjang Neh Long Liten di sini, malam ini.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Negara Senator Michael Mujah Lihan.

Menjelas lanjut, Liwan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga berkata, satu pusat digital akan diwujudkan di Belaga.

“Ini pun akan mengambil masa dua ke tiga bulan dan pusat ini nanti akan beroperasi di Tabung Amanah Bakun di pekan Belaga. Ini sudah tentu akan melebarkan lagi jaringan buat para peniaga,” ujarnya.

Mengenai Pesta Saviek, beliau berkata, ia berupaya menyatukan semua kaum di Sarawak.

“Pesta ini bukan sahaja mengumpulkan etnik Orang Ulu dan mempamerkan adat resam yang kita pelajari dari nenek moyang kita, bahkan kalau kita lihat malam ini, saudara Melayu kita turut bersama-sama memeriahkan pesta.

“Kita juga tidak melihat keturunan agama dan bangsa, semua kita rangkumkan dalam keluarga besar Daerah Belaga” katanya lagi.

Dalam pada itu, Liwan mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM10,000 kepada Persatuan Kajang untuk tahun ini.

Sebelum ini, beliau turut menyalurkan RM30,000 kepada persatuan tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan