Search
Close this search box.
Atlet terjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang di Sukan SEA Hanoi, Mei ini.
Nur Dabhitah Sabri akan membuat penampilan ketiganya di Sukan Olimpik pada edisi Paris 2024.

Nur Dhabitah sah ke Sukan Olimpik Paris 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Penerjun wanita negara Nur Dabhitah Sabri akan membuat penampilan ketiganya di Sukan Olimpik pada edisi Paris 2024, menerusi lebihan kuota yang tidak digunakan atlet negara lain.

Khabar gembira itu disahkan oleh Pengarah Teknikal Malaysia Swimming (MS) Bryan Nickson Lomas hari ini, selepas pihaknya menerimal e-mel daripada Akuatik Dunia memaklumkan perkara berkenaan pada 5 petang semalam.

“Nur Dhabitah akan terjun dalam acara 3 meter (m) papan anjal di Paris nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bagaimanapun, Bryan berkata nasib seorang lagi penerjun negara Ooi Tze Liang pula hanya akan diketahui sekiranya mendapat pemakluman daripada Akuatik Dunia pada 8 Julai ini.

Nur Dhabitah yang pernah bersaing pada edisi Rio 2016 dan Tokyo 2020 bakal menemani penerjun muda Bertrand Rhodict Lises yang muncul atlet pertama negara layak ke Sukan Olimpik 2024.

Sementara itu, mengenai persediaan Nur Dhabitah menjelang temasya Paris 2024, Bryan berkata atlet berusia 24 tahun itu diletakkan dalam mod bersedia dan telah menjalani persiapan awal walaupun gagal secara merit pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Februari lepas.

“Memang sebelum ini kita letak dia dalam plan B sekiranya (Nur Dhabitah) layak ke Sukan Olimpik. Sebab itu dia sertai Australian National Trial baru-baru ini kerana sekurang-kurangnya dia ada satu kejohanan sebelum paris 2024,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan