Search
Close this search box.
Abdul Muttalib Julaihi bersama para peserta Samarahan Amazon Fun Race serta Komuniti Samarahan Bersih dan Sihat di Taman Tasik Kota Samarahan, hari ini. Foto TVS

MPKS belanjakan RM6 juta urus sisa pepejal

KOTA SAMARAHAN, 29 Jun: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) membelanjakan RM6 juta setahun bagi menguruskan sisa pepejal.

Timbalan Pengerusi MPKS, Abdul Muttalib Julaihi berkata jumlah itu bagaimanapun masih belum dapat menyelesaikan sepenuhnya masalah pembuangan sampah terutamanya di tempat awam.

Keadaan itu katanya disebabkan sikap segelintir individu yang tidak bertanggungjawab dan mengambil jalan mudah ketika mahu melupuskan sisa-sisa pepejal dan sampah milik mereka.

“Sikap pentingkan kebersihan ini perlu dididik pada anak-anak kita diperingkat awal baik di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

“Program-program kemasyarakatan seperti Komuniti Samarahan Bersih dan Sihat ini perlu kita laksanakan selalu dalam usaha kita memastikan sampah yang ada di tempat awam ini dibuang ke tempat yang sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Samarahan Amazon Fun Race serta Komuniti Samarahan Bersih dan Sihat di Taman Tasik Kota Samarahan di sini, hari ini.

Program tersebut dilaksana bagi menerapkan kepentingan penjagaan alam sekitar dengan setiap peserta terlibat akan berjalan sambil mengutip sampah di sepanjang laluan ditetapkan sejauh lima kilometer.

Seramai 192 peserta terlibat dalam program itu yang turut dimeriahkan dengan aktiviti menguji minda dan Fizikal, Samarahan Amazon Fun Race melibatkan 70 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang dan SMK Kota Samarahan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan