Search
Close this search box.
Tiga kru dan bot tunda yang ditahan kerana melakukan kesalahan beroperasi dengan lesen yang telah tamat tempoh. Foto Maritim Malaysia

Maritim tahan bot tunda beroperasi lesen tamat tempoh

ByNina Azman

MIRI, 29 Jun: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri menahan sebuah bot tunda yang berdaftar di Miri kerana melakukan kesalahan di bawah Kaedah Bot 1953 iaitu beroperasi dengan lesen yang telah tamat tempoh.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, pada sekitar 4.10 petang semalam, bot tunda itu ditahan pada kedudukan 5.4 batu nautika Barat Laut Muara Sungai Miri oleh kapal peronda Maritim Malaysia ketika rutin rondaan OP PERMAI / OP NAGA TIMUR / OP TIRIS 3.0.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tunda berkenaan telah dikendalikan oleh tiga kru termasuk tekong warga Indonesia dalam lingkungan umur 22 hingga 40 tahun.

“Bot tunda serta kru diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Miri untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Maritim Malaysia terus komited dalam menguatkuasakan undang-undang di ZonMaritim Malaysia dan tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pesalah yang ingkar.

Sebarang maklumat, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-418204 / Pusat Operasi MaritimNegeri Sarawak 082-432544/ 082-432016 untuk maklum balas segera.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan