Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut selepas dibaham buaya ketika memancing di tepi sungai Ladang Pontion Subok, Sukau di Kinabatangan hari ini. Foto hiasan Envato

Lelaki maut dibaham buaya ketika memancing

ByBernama

KINABATANGAN, 29 Jun: Seorang lelaki maut selepas dibaham buaya ketika memancing di tepi sungai Ladang Pontion Subok, Sukau di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Nurul Azlan Jamaluddin berkata mayat Firman Irwan, 24, dijumpai orang awam pada 2.30 petang.

“Mayat ditemukan di kedudukan 1.2 kilometer dari lokasi mangsa diserang buaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan seorang lelaki dibaham buaya daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan pada 1.32 tengah hari.

Susulan itu, katanya empat anggota bomba bergegas ke lokasi sejauh 73 kilometer bagi operasi mencari dan menyelamat yang turut disertai anggota polis serta Jabatan Hidupan Liar Sabah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan