Search
Close this search box.
Lelaki berusia 30-an itu dikesan membuat pembelian minyak diesel berjumlah RM132.03 pada 12.20 tengah hari dan RM200 selang 55 minit kemudian. Foto hiasan Envato

Lelaki ditahan isi minyak diesel berulang kali

ByBernama

KOTA BHARU, 29 Jun: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menahan seorang lelaki disyaki membuat pembelian minyak diesel secara berulang di sebuah stesen minyak dekat Rantau Panjang pada Rabu lepas.

Pengarah berkenaan Azman Ismail berkata lelaki berusia 30-an itu dikesan membuat pembelian minyak diesel berjumlah RM132.03 pada 12.20 tengah hari dan RM200 selang 55 minit kemudian.

“Lelaki terbabit ditahan bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda disyaki terlibat penyelewengan minyak diesel ketika operasi dijalankan penguat kuasa KPDN Cawangan Pasir Mas dengan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebanyak 60 liter minyak diesel bernilai RM200 turut dirampas.

Kes katanya disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 manakala stesen minyak itu turut disiasat mengikut akta sama kerana melanggar Arahan Pengawal Bekalan KPDN.

Dalam pada itu Azman berkata pihaknya menyita anggaran 100 liter minyak petrol dalam tangki ubah suai sebuah kereta jenis Perodua Kenari di tepi jalan Kampung Simpangan, Tumpat kira-kira 11 pagi, Rabu lepas.

Pemandu kenderaan yang menyedari kehadiran pasukan ketika melaksanakan Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan telah menghilangkan diri dan meninggalkan kenderaannya di bahu jalan, katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan