Search
Close this search box.
Datuk Rubiah Wang bertanya sesuatu kepada para pengunjung Karnival Pendidikan dan Kerjaya Mara di Kuching, hari ini. Foto TVS

Karnival Pendidikan dan Kerjaya MARA catat 150,000 pengunjung

KUCHING, 29 Jun: Karnival Pendidikan dan Kerjaya Majlis Amanah Rakyat (MARA) di seluruh negara mencatatkan kehadiran 150,000 pengunjung setakat ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, jumlah ini akan bertambah dengan penganjuran karnival ini di sini yang menyasarkan lebih 10,000 kehadiran pengunjung selama dua hari penganjurannya bermula 29 sehinga 30 Jun 2024.

Sasaran tersebut diyakini dapat dicapai berikutan penyertaan menggalakkan daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Kita sasarkan hari ini dapat 5,000 pengunjung dan esok 5,000 lagi. Sasaran sebenarnya 3,000 tapi saya lebarkan kepada 10,000,” katanya semasa ditemui selepas melawat ke Karnival Pendidikan dan Kerjaya Mara di sini, hari ini.

Bagi mereka yang masih mencari peluang untuk melanjutkan pengajian digalakkan menghadiri program ini di Plaza Merdeka.

Platform ini amat sesuai bagi yang mencari pekerjaan kerana terdapat sesi temuduga terbuka dijalankan oleh beberapa syarikat, katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan