Search
Close this search box.
Dr Cassidy Morris pada sesi penyerahan Dokumen Aku Janji Kontrak di Ibu Pejabat JKR Sarawak, Kuching, semalam. Foto JKR Sarawak

JKR Sarawak lantik kontraktor projek bangun semula sekolah daif

BySaibi Gi

KUCHING, 29 Jun: Lima projek pembangunan semula sekolah daif di Sarawak merupakan antara 12 projek yang ditandatangani Dokumen Aku Janji Kontrak membabitkan kontraktor dilantik dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Cawangan Komunikasi Korporat, JKR Sarawak menerusi satu hantaran di media sosial memaklumkan sesi menandatangani dokumen disaksikan Pengarah JKR Sarawak Dr Cassidy Morris di Ibu Pejabat JKR, semalam.

Projek itu adalah Cadangan Pembangunan Semula Sekolah Daif Di Negeri Sarawak Di Bawah Peruntukan RM 1 Billion (Fasa 3) di SK Sg Badengan, Balingian dan Cadangan Pembangunan Semula Sekolah Daif Di Negeri Sarawak Di Bawah Peruntukan RM 1 Billion (Fasa 2) di SK Bawang Tian, Daro.

Ini termasuk Cadangan Pembangunan Semula Sekolah Daif Di Negeri Sarawak Menggunakan Peruntukan RM 1 Bilion (Fasa 3) di SK Saka, Layar; Cadangan Pembangunan Semula Sekolah Daif Di Negeri Sarawak Menggunakan Peruntukan RM 1 Bilion (Fasa 3) Di SK Punan Ba, Belaga dan Cadangan Pembangunan Semula Sekolah Daif Di Negeri Sarawak Menggunakan Peruntukan RM 1 Bilion (Fasa 3) di SK Serumbu, Bau.

Turut ditandatangani adalah lima projek membabitkan pembinaan jalan yang terdiri daripada ‘Construction And Completion Of Remaining Works For Proposed Jalan Sungai Pasin/Matu’ dan ‘Construction And Completion Of The Remaining Works For Proposed Jalan Rh. Wilfred Uli/Rh. Panggai, Ulu Dayat, Pakan’.

Projek itu merangkumi ‘Proposed Upgrading Of Penyulok/Nanga Penebak/Ulu Penebak Road, Ulu Layar’; ‘Proposed Road To Kpg. Sg. Ijok’ dan Projek Jalan Kpg. Lubok Samsu/Setamen/Kpg. Sabang/Kpg. Semangaal/Kpg.Tanjung Tanglong/Kpg. Sg. Ba, Simunjan.

Dua projek lain adalah Membina Benteng Hakisan Tebing Sungai Di Depan Kampung Long Bemang, Sungai Apoh, Baram dan ‘Design And Build And Negotiated Contract Of 60MM Diameter Of MSCL Water Pipeline Along The Road From Gedong To Kampung Semalatong’.

Sehubungan itu, Cassidy berkata kontraktor yang dilantik dikehendaki melaksanakan projek atau memulakan kerja-kerja di tapak projek dalam tempoh sebulan.

“JKR Sarawak akan mengambil tindakan yang sewajar jika tidak ada kemajuan fizikal projek dalam tempoh tersebut seperti mana yang ditetapkan dalam kontrak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan