Search
Close this search box.
Green Ruai di Kampung Budaya Sarawak yang merupakan inisiatif Sarawak Energy Berhad, Carbon GPT dan EB Tech. Foto TVS

Green Ruai komited terhadap kelestarian alam sekitar, perkenal insiatif teknologi hijau

ByRegina Lee

KUCHING, 29 Jun: Green Ruai di Kampung Budaya Sarawak menjadi peneraju dalam kelestarian alam sekitar dengan memperkenalkan amalan mesra alam dan inisiatif teknologi hijau.

Ia sebagai sebuah platform bagi pelbagai agensi untuk mempamerkan inovasi mereka dan memupuk kerjasama dan rangkaian serta pihak berkepentingan dengan objektif kelestarian yang sama.

Green Ruai di Kampung Budaya Sarawak yang disertai Sarawak Energy Berhad, Carbon GPT dan EB Tech. Foto TVS

Antara agensi yang menyertai Green Ruai itu ialah Sarawak Energy Berhad (SEB) yang memperkenalkan beberapa inovatif seperti skuter dijanakan mengguna tenaga hidrogen dan penggunaan sisa abu arang untuk bahan pembinaan.

“Terdapat tangki penyimpanan hidrogen di sini dan terdapat beberapa sel untuk menukar tenaga hidrogen kepada elektrik. Cara kami membuat reka bentuk skuter ini adalah dengan hidrogen bertindak sebagai tambahan tenaga untuk melengkapkan bateri skuter.

“Abu arang adalah sesuatu yang dihasilkan apabila kita membakar arang batu untuk menghasilkan elektrik, ini semua adalah sisa daripada penjanaan kuasa. Jika kita tidak melakukan apa-apa, ia adalah sisa dan juga berbahaya kepada alam sekitar.

“Kami bekerjasama dengan Swinburne untuk projek ini bagi mencari cara untuk mengubah sisa ini menjadi alternatif bahan binaan yang berguna seperti membina bangunan, rumah dan jalan,” kata Pengurus Kanan R&D SEB, Chai Yu Wun di Kampung Budaya Sarawak, hari ini.

Turut senada, Pengasas Carbon GPT Chua Zhi Ming bekerjasama dengan Ketua Pegawai Eksekutif EB Tech Moses L Vinsien berkata, mereka menggunakan teknologi kecerdasan buatan (A-I) syarikat mereka untuk mengukur pelepasan karbon pengunjung di RWMF 2024.

“Kami bekerjasama dengan RWMF dan STB untuk membantu mengukur jejak karbon semua pengunjung yang menghadiri festival ini. Mereka berusaha mengurangkan jumlah pelepasan dan cuba mengimbangi sebanyak mungkin pelepasan yang dihasilkan. Dengan menggunakan AI dan alat Carbon GPT, kami dapat mengira berapa banyak pelepasan yang akan dihasilkan.

“Kami percaya kerajaan Sarawak kini mendorong ke arah kelestarian seiring visi Premier Sarawak untuk mencapai pelepasan sifar menjelang 2050, ini adalah langkah yang tepat,” kata mereka.

Melalui usaha ini, RWMF 2024 terus menjadi contoh terhadap amalan lestari, sekali gus membuktikan bahawa festival kebudayaan boleh menjadi platform untuk memberi impak positif kepada alam sekitar dan sosial. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan